Showing posts with label 2014. Show all posts
Showing posts with label 2014. Show all posts

Friday, April 17, 2015

Weekend Escape: Melaka (Misi Mencari Ikan Bakar): #3




Salam rindu you all! :)

Fuhhh... Aishhh, banyaknya habuk, bersawang-spiderweb-spiderman dah blog CN ni. Uhukkk, uhukkk. Pemilik blog sendiri pun terbatuk-batuk. Hehe... Lama betul you all tunggu CN nak habiskan Misi Mencari Ikan Bakar CN, kan? Berpurnama menunggu. Hehe... Akhirnya, baru kini CN berkesempatan nak share dengan you all. Maafkan CN atas kelewatan menyambung misi yang tak berapa impossible ni. Hehe...

So, dah lapar tak? Hehe...
Jommm, kita ke Umbai, Melaka untuk cari apa yang best untuk dimakan. Hehe...

Kalau sebut Umbai, CN pasti ramai yang terbayang-bayang ikan bakar, kan, kan? Hehe... Of course la CN oiii. Tajuk entri CN pun dah khabaq mai dah Misi Mencari Ikan Bakar. Haha... 

Bukan ikan bakar je you all boleh dimakan, sotong, udang, ketam, macam-macam see-food seafood boleh dimakan. Nak masak 3 rasa, 4 5 rasa ke, terpulang kepada selera dan keinginan masing-masing. CN ni tak memilih sangat, makan je apa yang ada :D


CN purposely make this picture extra large to show you guys all the see-food seafood :D

Tu diaaa, macam-macam jenis ikan ada, ketam, udang. Semuanya bagai memanggil-manggil untuk dipilih, dimasak dan dimakan. Yummm, yummm. Hehe... You all boleh tambah side dishes lain kalau rasa nak cuba. Portion size dan price dah siap stated tu. Cuma perlu beritahu saja nak dimasak macam mana. Nak goreng belacan ke, goreng ikan masin ke, atau apa-apa saja rasa yang you all nak, silalah beritahu dengan person in-charge supaya mereka boleh masak ikut apa yang you all nak :)

Sunday, January 18, 2015

Weekend Escape: Melaka (Misi Mencari Ikan Bakar): #2


Hampir setengah bulan CN tak sambung Misi Mencari Ikan Bakar ni kan? Hehe... Ada ke yang tertunggu-tunggu sambungan misi CN ni? Hehe... Berjaya ke CN dengan misi tak berapa nak impossible-nya tu. CN, habis rosak bahasa CN rojakkan ia. Ish, ish...

Baiklah, atas permintaan ramai, CN akan cuba 'laksanakan' misi ini dalam entri ini yer. Hehe...

Kalau dalam entri lepas CN story sikit kisah jalan-jalan CN disekitar Dataran Merdeka Pahlawan, so entri kali ni, mari kita teruskan sesi jelajah Bandar Melaka kita. Ke mana pula yer? Hehe...

Jom ikut CN, kita jalan-jalan disekitar Jonker Walk (Jalan Hang Jebat) dan sekitar bangunan merah (Stadhuys).

Haa... Ini dia Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka. Dah lama tu you all. Sejak dari zaman kegemilangan dan kemasyuran Kesultanan Melayu Melaka lagi tu. Tapi yang ini dibina semula yer. Hehe...

Siapa tahu apa namanya objek di dalam gambar di atas? Hehe... Tak payah susah-susah teka, CN dah siap bagi nama lagi tu. Hehe... Dalam gambar tu nampak jelaslah CN oiii tertulis nama objek tersebut. Hee...

Di mana letaknya kincir air ini? Hmm... Cuba teka? Siapa dapat teka, CN bagi... Hehe... CN nak bagi apa? CN nak bagi ucapan tahniah kerana meneka dengan tepat :D

Kidding you all. Hehe...

Sunday, January 04, 2015

Weekend Escape: Melaka (Misi Mencari Ikan Bakar): #1


Hmm... Weekend gateways gitu. Hehe...


Salam rindu all!!! :)

Apa khabar tahun baru anda? Hehe... Okay? Tak okay? Masih mencari rentak. Hehe... Takpa, take it easy. Perlahan-lahan atur yer. Hehe... CN ni pun masih mengatur jadual kehidupan CN sendiri. Hehe...

Well, entri kali ni sepatutnya CN post tahun lepas. Yer, tahun lepas tu tahun 2014. Hehe.. Beberapa hari lepas. Hehe... To be exact, sepatutnya CN post dalam bulan November 2014 sebab Weekend Escape: Melaka (Misi Mencari Ikan Bakar) ni dilaksanakan awal November lepas. Hehe... Maaf yer you all tak berkesempatan nak share this story seawal mungkin. Hee...

Baiklah... kita teruskan yer :)

Macam tajuk entri ni, Misi Mencari Ikan Bakar. Haa, itulah yang sebenarnya diniatkan dalam hati ni. Tujuan utama CN dan kakak-kakak tersayang ke Melaka adalah untuk makan ikan bakar di Umbai. Hehe...

Kami mulakan perjalanan lebih kurang jam 10.30 pagi, hari Sabtu. Hehe... The traffic was quite okay. Untuk tidak terlalu bosan sepanjang perjalanan kami, maka kami memilih untuk tidak menggunakan lebuh raya. So, kami turun di Tol Port Dickson dan teruskan perjalanan ke Melaka. Hehe... Bolehlah cuci mata sikit tengok laut di PD tu. Hehe...

CN ke yang drive? Hehe... CN drive? Hmm... CN ni jadi penumpang je you all. Ada lesen memandu jadi hiasan ja :D

Lebih kurang jam 12.00 tengahari kami pun selamat tiba di Bandar Melaka, Bandar Warisan Dunia. Hehe... Perut pun dah lapar. Mana tak laparnya dah tiba waktu lunch, kan. Hehe... Ada yang mengidam nak makan asam pedas, katanya. Hehe... Maka kami pun pusing-pusing cari restoran yang menghidangkan masakan asam pedas. Yumm, yumm. Asam pedas, mesti sedap ni, kan? Hehe... Cari punya cari, jumpalah kami sebuah restoran berdekatan dengan kawasan Dataran Merdeka Pahlawan. CN tak berapa pasti nama tempat tu dan tak ingat pula nama restoran tu. Hehe...


So, how was the food there, CN? Hmm... The price is actually quite expensive, for me & for us. Huhu... Expensive sebabnya portion makanan dengan harga serta kesedapan itu tidak setanding. Nak kata sedap sangat, hmm... For me, biasa ja. Nothing special. Hee...

Baiklah... Kita tinggalkan cerita asam pedas, kita terus sambung perjalanan cuti-cuti Sabtu kita di Melaka. Hehe...

Untuk 'membunuh' masa yang ada, perghhh 'membunuh' masa. Hehe... Okay, okay, to kill time. Hee... Sedap sikit bunyinya yer. Hehe... Kami pun jalan-jalanlah di sekitar Banda Hilir, Dataran Pahlawan, A'Famosa, the Ruins of St Paul's Church, sampailah ke Jonker Walk atau nama lainnya, Jalan Hang Jebat. Hehe...


Haa, cepat teka menara apakah itu? Hehe... Yeay!!! Pandai you all. Itulah Menara Taming Sari. Hehe... Tapi CN tak naik pun. A view of this tower from St Paul's Hill.

Kalau tak silap CN, sewaktu kami di situ orang ramai sibuk membuat persiapan untuk satu event yang berlangsung keesokkan harinya. Tak ingat CN event apa. Yang CN ingat ada Upin dan Ipin sewaktu event tu. Hehe... Memang ramai orang di situ waktu tu. Nampak meriah. Hehe... Dengan becanya lagi. Itu pun CN tak naik juga. Lain kali, In shaa Allah :)



Comel-comel belaka beca di Melaka ni. Hehe... Lain kali CN naik yer :)

Ini dia the Ruins of St Paul's Church. Information board yang merah tu ada cerita sikit tentang sejarah church ni. Hehe...

Okayy, CN bukanlah ambassador tempat ni yer. Hehe...

Alolo... Sweet couple. Hehe... Kak Ya and her husband :)

Ramai tau you all dekat sini. Dan yang uniknya dalam runtuhan church ini adalah, ada seseorang yang akan hiburkan anda. CN tak pasti nama beliau. Cumanya sewaktu CN di sini, beliau baru lepas menyanyikan sebuah lagu. Dan CN pun tak pasti adakah beliau berada di sini setiap hari. Tak sempat CN nak interview beliau hari tu. Hehe... Dalam runtuhan bangunan ni pun ada orang jual souvenir tau. Hehe... 


Inilah beliau yang CN maksudkan tadi. Hehe...

Selesai melihat-lihat dan bersiar-siar disekitar kawasan ini, kami pun turun ke A'Famosa pula. Hehe... 


Cuba teka, apakah ini? Hehe...


Yeay! Betul! Gambar di atas adalah saling berhubungan dengan gambar ini, dan inilah dia A'Famosa :)


Sila maafkan adik berbaju merah tu yer. Beliau mungkin tak perasan kami sibuk bergambar. Hehe...


Dah lama betul CN tak ke Melaka ni. Baru tahu ada panggung/pentas terbuka dekat Dataran Pahlawan ni. Ni bukan kapal betul yer adik-adik. Hehe... Cuma sebuah pentas terbuka yang direkabentuk seperti sebuah kapal. Menarik, kan? Hehe...

Banyak yang kita boleh lihat di Melaka ni. Tapi, CN nak sambung cerita jalan-jalan Melaka dan misi mencari ikan bakar dalam next part, boleh? Hehe... 

Tunggu tau. Ada sambungannya. Misi mencari ikan bakar belum sampai ke kemuncaknya. Hehe...

Terus support CN dan TCN yer :)


Salam kembara,

Wednesday, December 31, 2014

Wrap Up 2014 by Travelog Cik Nurul



Bye bye 2014 :)


Salam rindu all :)

Ada yang rindu CN tak? Hehe...

Dah lama CN tak update blog ni, kan? Ada ke yang tertunggu-tunggu apa agaknya perkembangan CN? Hehe... Ada? Alhamdulillah, ada rupanya peminat TCN yer. Hehe...

Apa khabar agaknya traveloger tersayang? CN harap you all sihat-sihat belaka :)

Since kita dah berada di hari terakhir 2014, so CN rasa macam nak buat wrap up atau summary untuk aktiviti yang berlaku sepanjang 2014. Lebih kurang macam rangkuman setahun la gitu. Hehe... Walaupun mungkin entri summary ini muncul pada 1 January 2015, anggapkan ia masih muncul pada 31 December 2014 yer. Hehe...

Baiklah, mari kita mulakan. Hehe...


Blog TCN ini bermula dengan dikenali sebagai 'TRAVELOG CIK NUFA'. Sound catchy, isn't it? Hehe... Dan ia wujud dengan tujuan untuk berkongsi kisah kembara, perjalanan, pengalaman CN yang tak seberapa. Hehe...

Untuk beberapa bulan CN kekalkan nama itu, selepas membuat beberapa pertimbangan, maka CN dengan rasminya menukar 'TRAVELOG CIK NUFA' menjadi 'TRAVELOG CIK NURUL'. Masih mengekalkan branding TCN disitu. Hehe... Kenapa dan mengapa harus ditukar namanya CN? Hehe... Let it be remain a secret. Hehe...

Thursday, October 30, 2014

The 38th Bon Odori 2014




CN curi-curi snap picture ni. Hehe..

Hi all! Hee...

Sihat tak? Bagusss. Sihat-sihat belaka semuanya. Hehe...

Untuk entri terbaru ni, CN nak share dengan you all tentang 1 culture festival masyarakat Jepun yang dinamakan sebagai Bon Odori atau juga dikenali sebagai Bon Dance. 

CN sepatutnya update entry ni few days after the event. Atas beberapa kekangan, plus CN sedang melaksanakan misi menyelamat gambar-gambar untuk entri-entri baru, makanya baru saat ini entri ini dapat CN publish to all :)

Apa itu Bon Odori? BON ODORI secara ringkasnya adalah...

Obon (お盆?) or just Bon (?) is a Japanese Buddhist custom to honor the spirits of one's ancestors. This Buddhist-Confucian custom has evolved into a family reunion holiday during which people return to ancestral family places and visit and clean their ancestors' graves, and when the spirits of ancestors are supposed to revisit the household altars. It has been celebrated in Japan for more than 500 years and traditionally includes a dance, known as Bon-Odori.

In Malaysia, Bon Odori Festivals are also celebrated every year in Esplanade (Padang Kota Lama) Penang, Matsushita Corp Stadium in Shah AlamSelangor, and also Universiti Malaysia Sabah at Kota KinabaluSabah. This celebration, which is a major attraction for the state of Selangor, is the brain child of the Japanese Expatriate & Immigrant's Society in Malaysia. In comparison to the celebrations in Japan, the festival is celebrated on a much smaller scale in Penang, Selangor and Sabah, and is less associated with Buddhism and more with Japanese culture. Held mainly to expose locals to a part of Japanese culture, the festival provides the experience of a variety of Japanese food and drinks, art and dance, with the vast number of Japanese companies in Malaysia taking part to promote their products.

Further information about Bon Odori -->> BON ODORI

Monday, September 22, 2014

TCN di Instagram @official_tcn



Hi all :)

Macam tajuk entri CN di atas, CN cuma nak inform you all yang... TCN kini dah ada our own instagram account. Hee.. Yeay!!! After this, CN bolehlah share few travel-related pictures dlm IG pula :)

Congrats TCN! Congrats TCN ke atau CN ? Hehe... Sama ja TCN atau CN. Hee...

So, starting now you all can follow TCN/CN di instagram. Hehe...

Nak follow IG TCN/CN??? Just search for @official_tcn

Inilah rupanya IG TCN/CN. Hehe... Ramai-ramai follow IG TCN/CN yer @official_tcn ^^

Jangan lupa follow tau. Hehe...


Salam kembara,


Friday, September 19, 2014

Cuti-cuti Pulau Redang, Terengganu



Selepas mendapat beberapa komen positif yang tidak dinyatakan di sini daripada beberapa orang fans Travelog Cik Nurul (TCN), hee... (sila abaikan CN yang sedang memerasankan diri macam punya ramai fans ja kan. hehe...), CN jadi lebih teruja dan bersemangat untuk merungkapkan bait-bait perkataan dan kata-kata terbaik supaya readers TCN juga akan dapat turut sama rasa teruja dengan kisah kembara CN yang tak seberapa ni. Hehe...

In the mean time, CN nak stop kejap day trip CN ke Putrajaya. Ada few places and attractions yang akan CN kongsikan tentang Putrajaya dalam entri akan datang :) Tunggu tau. Hehe...

So... CN nak bawa you all jalan-jalan ke Pulau Redang di Terengganu, Malaysia. Jom kita ke pulau!!! CN nak "belanja" percutian you all ke Redang Island ni. Hee...

Get yourself ready guys!!! Hehe...

Entri Pulau Redang ni sebenarnya agak outdated. Nope, bukan agak, tapi memang outdated pun. Hehe... CN sepatutnya tulis kisah kembara 3 hari 2 malam CN ke Pulau Redang ni dalam bulan March yang lepas. Namun, apakan daya, kekangan itu dan ini, makanya hanya sekarang baru CN dapat share dengan you all. Hehe...

Yang sebenarnya, CN tiba-tiba ja rasa macam nak join kawan CN bawa students dia buat trip ke Pulau Redang ni. Dah kebetulan waktu tu, CN macam free (yer, CN ni memang selalu ja ada free time, kan. hehe...), so CN pun on ja la. Hehe...

Perasaan teruja tu memang ada sebabnya inilah first trip CN ke pulau dengan kawan. Hehe... Teruja sangat you all. Hee... Dapat rasa tak keterujaan CN di situ??? Hehe...

Kalau tak silap perkiraan CN, we all ke Pulau Redang pada 15 hingga 17 Mac 2014. Kira macam weekends escape jugalah. Wahhh, weekends escape gitu. Hehe... Hari Jumaat malam we all bertolak dari KL, then CN balik semula KL on Sunday. Tapi, kawan CN dan students dia balik on Monday sebab they wanted to spend more time dekat Kuala Terengganu. Nak jalan-jalan katanya. Hehe...

Yeay!!! Sampai sudah. Tapi CN tak stay dekat sini yer kawan-kawan. Ni saja nak bagi prove yang CN dah sampai Redang Island. Hehe... White sandy beach. Hmm, cantik. Hehe...

Wednesday, September 10, 2014

Taman Botani, Putrajaya: #2



CN!!! Tak sempat baca habis lagi entri Taman Botani, Putrajaya: #1, ni CN dah update lagi sambungannya. Hehe...

Nampak tak? Nampak tak? Betapa CN punya banyak masa tiba-tiba kan. Hehe... Nak tengok CN update setiap hari, memang sangatlah jarang kan. Hehe... Memandangkan pada ketika ini CN memang ada banyakkk masa, kerajinan luar biasa itu datang dengan passion yang luar biasa jugalah. Hehe...

Sabar jelah dengan CN ni yer. Hehe...

Okay, okay. Seperti yang telah dijanjikan dalam entri lepas, CN nak sambung sharing with you guys keseronokan, kegembiraan dan apa lagi yer perkataan terbaik untuk menggambarkan betapa happy nya CN nak share info dan gambar-gambar day trip CN ke Taman Botani ni. Hehe...

Kalau you all terlepas membaca permulaan entri ni, silalah klik link berikut yer ->> Taman Botani, Putrajaya: #1


Haa... Tengok tu, dekat taman ni, bukan saja kita boleh menikmati pemandangan hijau, tapi kita juga boleh belajar macam mana nak baca label nama pokok. Sebagai contoh, asam jawa (tamarind) atau nama saintifiknya Tamarindus Indica :)

Tuesday, September 09, 2014

Taman Botani, Putrajaya: #1



Laptop! Checked!
Glasses! Checked!

Dah ready semua, jom kita mulakan sesi kembara 1 hari CN ke Taman Botani, Putrajaya. Actually, this was not really a 1 day trip. But actually, it can be a 1 day trip. Huhu... Memandangkan sewaktu kali pertama CN ke sini hujan lebat, jadi tak dapatlah nak pusing seluruh kawasan taman ni. Itu yang menyebabkan 1 day trip jadi 1 and a half day trip. Hehe... 

Mungkin ramai yang dah ke taman ni terutamanya penduduk Putrajaya. Tak kira, CN nak tulis juga pasal taman ni. Hehe... 

The best thing about this garden is, the entrance fee is FREE!!! Sila maklum yer kawan-kawan, masuk adalah PERCUMA!!! :) Keluar pun percuma juga. Hee... Tiada bayaran masuk dikenakan. So, bolehlah bawa seluruh ahli keluarga anda jalan-jalan sambil belajar di taman ni yer :)

Bagi CN, memang banyak yang boleh dipelajari di taman ni. Boleh belajar tentang jenis-jenis tanaman, pokok-pokok dan macam-macam lagilah :)

This is a good exposure for everyone, not just to spend time with the family, but to make it as an informal learning time as well. 

Maaflah yer, CN ni memang jenis yang suka sangat pergi tempat-tempat educational macam ni. Hehe... Tapi taklah selalu sangat CN ke tempat-tempat macam ni. Cumanya bila ada peluang dan kesempatan, CN memang sangat teruja. Hehe...


Peta laluan disepanjang taman ini. Hee... Tapi, CN tak habis study pun map ni. Huhu...

Sunday, August 31, 2014

Magic of the Night Putrajaya 2014: #2



Seperti yang dijanjikan dalam entri lepas, entri kali ini CN nak sambung lagi bagi you all enjoy the scenery of the Magic of the Night at Putrajaya 2014. Hehe...

Siapa-siapa yang terlepas nak baca entri lepas, bolehlah klik link ni yer -->> Magic of the Night Putrajaya 2014: #1

Tak payah cerita panjang-panjang untuk entri ni, CN persembahkan hasil kreativiti CN yang tak seberapa ni. Hehe...

Lets enjoy!!! :)


Before the parade begin :)

Sebelum :)



Visit Malaysia 2014: Malaysia Truly Asia





Yeay! Fireworks again :)

Itu saja gambar-gambar yang mampu CN kongsikan untuk entri MOTN ni. Huhu... Mungkin tak banyak info dan gambar yang CN dapat kongsikan. Tapi CN harap ia dapat mengubat rindu anda terhadap entri-entri CN. Hehe... Ada yang rindu ke. Hee...

In shaa Allah CN akan sambung dengan kisah kembara lain dalam entri CN yang akan datang.

Stay tuned!

P/s: Salam Merdeka 57 buat semua. Di sini lahirnya sebuah cinta... CN sayang Malaysia :)


Salam kembara,

Tuesday, August 26, 2014

Magic of the Night Putrajaya 2014: #1



Dah agak lama CN tak update blog ni kan? Hee... Apa khabar traveloger tersayang? Hehe... CN doakan you all sihat sejahtera hendaknya. Masih ada yang buat open house ke? :) Aishh, jemputlah CN sama. Hehe...

Mesti ramai yang tertunggu-tunggu sambungan teaser Magic of the Night 2014 (MOTN 2014)? Hehe... Aikk, ramai ke yang tunggu? Hehe...

So... Kali ni, CN dengan sifat rajin yang penuh di dalam dada ini, ingin menyambung cerita Keajaiban Malam di Putrajaya 2014 :)

Last year pun CN berpeluang menyaksikan MOTN ni. Tapi last year event ni dibuat di Persisiran Tasik Putrajaya Presint 2 (Hmm... Betul ke Presint 2???) Alaaa, yang ada Monumen Alaf Baru tu. Hehe... Tahun ini memandangkan FLORIA Putrajaya 2014 juga telah bertukar venue, maka MOTN juga ditukar venue juga :)

Kali ini ia diadakan di kawasan Marina Putrajaya, berdekatan dengan Pullman Putrajaya. Untuk makluman you all, inilah kali pertama CN ke marina ni. Hehe... CN hadir menyaksikan event ini pada 2 malam terakhir acara ini diadakan. Terima kasih kepada 'pemandu pelancong' CN iaitu adik CN sendiri yang rajin sangat melayan kakak dia ni. Hehe...

MOTN merupakan pesta perarakan bot berhias dari negeri-negeri seluruh Malaysia. Keunikan dan keistimewaan di setiap negeri ditonjolkan melalui perarakan ini. Anda dapat saksikan pelbagai bentuk bot berhias sepanjang program ini berlangsung.

Selain daripada pertunjukan bot berhias, acara lain seperti persembahan nyanyian dan tarian MOTN turut diadakan.

CN membebel panjang pun tak guna kan. Jom layan gambar-gambar hasil kreativiti jurugambar amatur ni (yer, CN la tu. hehe...). Maaf yer kalau gambar yang ada tak secantik mana. Huhu... CN masih sedang berusaha belajar menggunakan kamera yang ada. Hehe...


Ayuh Johor~~~ Luaskan kuasamu :)
Kelantan Darul Naim
Negeri CN menuntut ilmu suatu ketika dahulu - Sarawak Bumi Kenyalang. Kamek sayang Sarawak. Hehe...
Pulau Mutiara, Pulau Pinang
Pahang Darul Makmur




Pancuran air yang turut menari bersama. Hehe...

Jom, kita layan gambar-gambar bunga api pula :)







Itu saja ke CN? Hehe... Ishhh, ada lagi. Gambar-gambar lain akan CN kongsikan dalam entri seterusnya nanti. Jadi, sila kekalkan konsistensi anda untuk terus menunggu dan membaca entri-entri CN yang akan datang.

Stay tuned!

P/s: Untuk makluman, acara ini berlangsung pada bulan Jun 2014 yang lalu


Salam Kembara,