 |
| Tuuu dia, nampak dah mercu tanda negeri Pulau Pinang ni. Hehe... Tak sabaq ghasa hati ni nak explore Penang :D |
"Perjalanan jauh tak ku rasa..."
"Kerna hati melonjak sama..."
"Ingin meneroka Penang di Utara..."
"Yang selalu bermain di mata..."
Amboi, amboi Kak CN ni bukan main lagi naa. Habis lagu Balik Kampung nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad ditukar yer.
Hehe...
Sesekali, kasi can la CN nak menghiburkan you all, kan. Hehe...
Alhamdulillah, selesai sudah 10 misi trip kami sepanjang 2 hari 1 malam berada di Perlis (dan Kedah, yer tak dilupa Negeri Jelapang Padi itu. hehe...). Syukur pada-Nya kerana memudahkan segala urusan kami sepanjang berada di Perlis :)
10 misi selesai. Tinggal lagi 40 misi untuk dilaksanakan. Apakah agaknya 40 misi CN dan CM tu yer? Nak tahu tak? Kalau nak tahu, baca sampai habis tau entri CN ni. Hehe...
Disebabkan ada sedikit 'kejadian kecil yang menjadi kenangan terindah buat kami' telah berlaku sewaktu kami nak bergerak pulang dari majlis resepsi Nora dan husband beliau, maka kami agak rushing ke Stesen Bas Kangar untuk menaiki bas ke Penang. Bas kami dijadualkan bertolak dari Kangar lebih kurang jam 2.15 petang.
Dalam keadaan rushing menyelesaikan 'kejadian kecil yang menjadi kenangan terindah buat kami' tu, memulangkan kereta yang kami sewa dan sebagainya, Alhamdulillah kami sempat juga naik bas. Hehe...
Kami dapat seat paling depan. Tapi bukanlah seat driver yer. Ni belakang driver. Hehe... Tiket bas ke Penang awal-awal lagi kami dah booking melalui easybook.com. Bagi CN, booking tiket bas melalui website ini agak mudah. Bayaran tiket boleh dibuat melalui credit card or online banking. Easy, right? Hehe... Di laman sesawang ini, akan disenaraikan pilihan masa dan syarikat pengendali bas yang anda ingini. Pilih saja, masukkan details, buat bayaran dan selesai. Hehe...
Atas nasihat dan pandangan adik CT (SITI.YANG.MENAIP), maka CN pun belilah tiket Plusliner dari Kangar ke Stesen Bas Sungai Nibong yang berharga RM17.00 seorang. Thank you CT bagi advice untuk akak CN ni. Hehe...
Siap semua barang-barang kami disumbatkan ke dalam perut bas, selesai semua penumpang memenuhi setiap seat di dalam bas, maka bermulalah perjalanan kami ke Penang.
Penang!!! CN dan CM on the way ni. Hehe...