
Holla you all! Hehe...
Siapa dah baca 2 entry CN sebelum ni angkat tangan tinggi-tinggi. Hehe... Ada sesiapa yang terlepas baca 2 entry intro CN untuk trip kali ni? Kalau ada, you all klik je link berikut. Tapi baca ikut turutan yer. Hehe... Sebab apa? Sebab kedua-dua entry tersebut saling berkaitan, so you all perlu baca dari mula tau :)
Tak payah buang masa lama-lama, jommm. Kita kembara bersama. Hehe...
CN dan travelmate CN sampai di Stesen Bas Kangar awal subuh. Tak pasti jam berapa. Excited sangat dah sampai, lupa nak tengok jam. Hehe... Sesampai saja kami di Kangar, surau menjadi lokasi pertama yang kami tuju. Usai solat dan bersiap-siap untuk mulakan kembara kami di Perlis, kami breakfast sekejap sambil tunggu kereta yang kami sewa dihantar ke stesen bas.
Breakfast kami, sekeping roti canai kosong, 2 keping roti telur, teh ais dan teh O ais, semuanya berharga RM7.80. Dah lama tak pekena roti canai, bak kata orang Sarawak, nyaman (sedap). Hehe...
Seperti yang dijanjikan, kereta sewa kami, sebuah Viva dengan transmisi auto sampai di stesen bas Kangar jam 9.00 pagi. Selesai segala urusan kami, maka kami pun mulalah bergerak ke destinasi pertama iaitu Misi #1 kami. Hehe...
Kami menyewa sebuah Viva untuk 1 hari setengah, mulai dari 1 May hingga 2 May. Total harga sewa adalah RM160.00 untuk 1 hari setengah, tidak termasuk minyak. So, kami decide untuk spend RM50.00 untuk minyak memandangkan kami nak pusing-pusing banyak tempat. Total kami spend untuk sewa kereta adalah RM210.00. Hehe...





